Allah ♥
Ya Allah
Aku hamba mu yang jahil
yang tidak pernah kenal erti dosa
yang tidak pernah ingat dengan seksaan kubur dan neraka
yang sering melakukan maksiat didunia tanpa ingat bahawa Engkau melihatku
yang sering menipu tanpa ingat bahawa Engkau mengetahui segalanya
yang sering mengeluh dugaan yang Engkau timpakan tanpa berfikir bahawa itu tandanya Engkau menyayangiku
yang sering mendedahkan aurat tanpa berfikir bahawa maruah seorang wanita itu sangatlah tinggi dan aku akan menarik ayah, abang dan adik lelaki ku ke neraka
yang sering meninggalkan solat tanpa berfikir bahawa soalan yang ditanya di alam barzah adalah tentang ibadah solat
yang sering menderhaka kepada ibu tanpa ingat bahawa syurga itu dibawah tapak kaki ibu
yang sering meninggikan suara kepada ayah
yang tidak pernah bersyukur dengan segala nikmat Mu
yang sering menceritakan hal buruk tentang orang lain tanpa ingat bahawa balasannya adalah memakan daging saudaranya sendiri
dan riak dengan kekayaan dan kecantikan yang engkau berikan
Ya Allah, jahilnya aku. Adakah aku masih golongan yang mampu menjejak kaki ke syurga?
Aku mohon, tunjukkan lah aku ke jalan yang benar. Jika dengan engkau tarik semua nikmat yang engkau berikan kepada aku, aku akan dapat hidayah daripada Mu, aku redha Ya Allah.
Aku hanya ingin mencari keredhaan mu Ya Allah. Pimpinkan lah aku ke jalan yang benar. Berikanlah aku sahabat yang mulia sifatnya agar aku mempunyai kekuatan dan semangat untuk mengejar keredhaan mu dan agar aku tidak tunduk dengan hasutan syaitan.
Terimakasih Ya Allah atas segalanya