// Life

Assalamualaikum

Welcome Famous as yana. Pendek but comel, do not have boyfriend but i still okay and happy cause i still have Allah, family and friend. ' I’m a girl, and I’m me. I’m not going to change for anyone.'




Lovely Friend

 Eyka
 Rahim
 Siz
 Yaya



My Melody




The Mastermind

Basecode: Lurve
Editor: Nana Euphemia
Other:

Sahabat


Sahabat,
saya nak awak tahu yang saya disini merindui awak
saya nak awak tahu yang saya disini memerlukan awak
saya nak awak tahu yang saya ingin awak disamping saya
saya nak awak tahu yang awak adalah segala galanya untuk saya

Sahabat,
awak lah senyuman saya bila saya bersedih
awak lah kekuatan saya bila saya terjatuh
awak lah teman saya bila saya kesunyian
awak lah semangat saya bila saya berputus asa

Sahabat,
bertahun kita berkawan,
macam-macam dugaan kita ditimpa
dan kita harungi bersama-sama
mungkin kali ini dugaan untuk saya lagi besar
iaitu terpaksa berpisah dengan awak
saya tahu itu lah dugaan
dan saya kena terimanya
tapi gembira ke saya untuk teruskan hidup tanpa awak disisi?

Sahabat,
mungkin disisi saya beribu kawan saya ada
tapi saya nak awak tahu
tidak ada sahabat seperti awak

Sahabat,
selama kita terpaksa berpisah
saya harap saya masih ada dihati awak
saya harap awak masih anggap saya sebagai sahabat
saya harap awak masih perlukan saya
saya harap awak tak pernah lupakan saya
saya harap awak tak akan putuskan persahabatan kita

Sahabat,
alhamdulillah
Allah itu maha pengasih
Dia telah hadiahkan kita hidayahNya
harap kita berdua mampu untuk menjadi wanita solehah
menjadi hamba yang taat kepada perintahnya
menjadi anak yang solehah kepada ibubapa
menjadi kakak dan adik yang berguna
menjadi sahabat saya dunia akhirat
dan menjadi bakal isteri yang mithali

Sahabat,
harap persahabatan kita selama-lamanya terjalin
walaupun seberapa banyak dugaan yang menimpa

Sahabat,
harap impian kita untuk menjadi wanita solehah
dan penghuni syurga menjadi kenyataan

Fiza, serius, aku rindu kau :(

From,
your bestfriend